PPIK Jerong Seberang telah djemput untuk menyertai Program bengkel E-Services anjuran Pusat Internet Desa Marang (PID). Program ini telah diadakan selama 4 hari bertempat di PID Marang sendiri. Pelbagai ilmu yang di kongsi tentang E-Services ini. Pelbagai aktiviti yang disediakan bagi memeriahkan program bengkel ini. Kami semua diberi penerangan tentang E-Pembelajaran, E-Perolehan, E-Dagang dan sebagainya. Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 3.00 petang.