Showing posts with label USAHAWAN. Show all posts
Showing posts with label USAHAWAN. Show all posts

Kedatangan Ramadhan kali ini disambut dengan penuh kesyukuran. Bulan Ramadhan yang mendatangkan seribu rahmat pada umat islam. Disi dengan pelbagai aktiviti agama termasuk solat sunat tarawih dan juga bertadarus.

Kegirangan menyambut kedatangan bulan yang mulia ini sememangnya meriah semeriahnya deretan gerai Bazaar Ramadhan. Seawal jam tiga petang, orang ramai berpusu-pusu ke gerai untuk mencari kuih-muih serta lauk-pauk untuk jaudah berbuka puasa. Bazaar Ramadhan terdekat disini iaitu Bazaar Ramadhan Pekan Wakaf Tapai.

Pelbagai juadah dijual disini, Antaranya karipap,murtabak, pelbagai jenis agar-agar, kebab, seri muka dan sebagainya. Tidak kurang juga pelbagai jenis lauk-pauk yang membuka selera pembeli ada dijual disini.




PERNIAGAAN

Berniaga merupakan salah satu cabang pendapatan penduduk kampung Jerong Seberang. terdapat beberapa buah kedai yang menjual pelbagai barangan keperluan dan juga makanan. Antaranya seperti keperluan asas memasak,minuman,kuih-muih dan sebagainya. Aktiviti perniagaan dijalankan setiap hari yang menjadi rutin harian penduduk yang terlibat seawal jam 6pagi sehingga 9 malam.

Kampung ini juga mempunyai sebuah kedai makan yang menyediakan pelbagai masakan panas. kedai makan ini mula beroperasi seawal jam 6petang sehingga 12 tengah malam. Kedai ini menjadi tumpuan berikutan ia merupakan satu-satunya kedai makan yang terdapat di kampung ini.