peserta bergambar kenangan bersama En Nasran, Cik Norlina serta Pn Salmah

Maxis Cyberkids telah berkampung selama 2 hari di PPIK Kuala Telemong. Program kali ini melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah darjah 5 seramai 30 orang. Pelbagai aktiviti yang di aturkan bagi memeriahkan program ini. Penyelia PPIK Kuala Telemong iaitu Cik Wahidah abd Rahman bertungkus lumus menyediakan peralatan serta kemudahan untuk program yang dijalankan di PPIK beliau. Program turut diserikan dengan kehadiran Cik Norlina Bt Yunus selaku Pengurus Besar (Jabatan Tanggungjawab Korporat, Maxis Communications Berhad).

Pada hari pertama, sebelum program bermula fasilitator Cyberkids telah dibawa melawat ke sebuah rumah pengusaha membuat batik. Di sana mereka dapat melihat dari dekat cara-cara batik dibuat sehingga selesai.

batik yang siap di tekap dan diwarnakan

proses menekap dilakukan

batik yang siap akan disidai untuk proses pengeringan