Showing posts with label AKTIVITI KAMPUNG. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI KAMPUNG. Show all posts

Permainan sepak takraw begitu sinonim dengan masyarakat melayu. Malah anak-anak muda kini juga mula meminati permainan ini. Permainan sepak takraw asalnya dikenali sebagai "Sepak Raga" . Bertempat di gelangang takraw Kampung Sungai Mali selaku tuan rumah berlangsung Pertandingan Sepak Takraw tertutup 2009 ajuran Ketua Pemuda Kampung Sg Mali. Pertandingan ini bermula seawal jam 8 pagi menyaksikan 8 buah pasukan bertanding bagi merebut gelaran Johan Sepak Takraw kali ini.

Persaingan yang sengit antara empat pasukan iaitu pasukan Marikh, Utarid, Pluto dan juga Musytari. Perlawanan semi-final antara pasukan Marikh menentang pasukan Pluto serta pasukan Musytari menentang pasukan Utarid. Masing-masing menunjukkan kehandalan bermain takraw yang tersendiri serta kerja berpasukan yang kuat.

Pertandingan Sepak Takraw ini berakhir pada pukul 6 petang. Johon pertandingan kali ini dimenangi oleh pasukan Marikh, tempat kedua pasukan Utarid. Manakala pasukan Pluto mendapat tempat ketiga diikuti oleh pasukan Musytari tempat keempat. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua JKKK KG Sungai Mali iaitu En Mohd B Taib.


Setiap kampung mempunyai pelbagai persatuan serta kelab bagi mentadbir sesebuah kampung. Persatuan KRT Kg Jerong Seberang telah mengadakan Majlis Kesyukuran pada hari Jumaat 20 jun 2009. Penduduk kampung bergotong – royong menyiapkan juadah pada majlis tersebut. Seawal 7.00 pagi penduduk kampung menyediakan bahan – bahan juadah untuk di masak. Tidak ketinggalan kaum wanita juga turut sama membantu menjayakan majlis tersebut. Majlis seumpama ini sering kali diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung.


Hari gotong-royong bersama komuniti diadakan pada 24 julai 2009. Gotong-royong sekitar kawasan kampung yang melibatkan dewan sergabuna, masjid serta rumah-rumah penduduk di Kampung Jerong Seberang. Gotong-royong ini turut melibatkan semua golongan termasuk belia,wanita, warga emas dan juga kanak-kanak. Bermula seawal jam 9.00 pagi penduduk kampung berkumpul di hadapan dewan serbaguna sebelum masing diagihkan kepada tugasan masing-masing. Gotong -royong ini meriah dengan kerjasama penduduk kampung yang sama-sama menjayakan program ini. Gotong-royong sebegini dapat mengeratkan persahabatan serta persaudaraan tanpa mengira bangsa dan agama. Amalan ini meyatukan penduduk bahkan menjadikan aktiviti yang sihat dan selamat.


Program mesra rakyat ini diadakan untuk sama-sama membantu membaik pulih masjid serta rumah-rumah warga tua. Program ini berlangsung seawal 9.00 pagi. Penduduk kampung berkumpul sebelum diagihkan tugasan masing-masing. Kaum wanita serta kanak-kanak turut sama membantu. Dalam pada masa yang sama, Pertandingan mewarna turut diadakan bagi kanak-kanak berumur 6 tahun sehingga 12 tahun.