Saya selaku Penyelia yang ditugaskan di PPIK Jerong Seberang,Terengganu.Dilahirkan pada 13 Mac di Kampung Lubuk Perah.Hobi saya suka melancong serta membaca novel.Mula bertugas di PPIK pada 4 mei 2007 sehingga kini.Pelbagai pahit manis ditempuhi dengan sabar. Selama PPIK ditubuhkan pelbagai aktiviti yang dijalankan bagi mempromosikan PPIK. Pelbagai kesusahan dan kesulitan yang di tempuhi bagi menempatkan PPIK di kalangan komuniti..
Berniaga merupakan salah satu cabang pendapatan penduduk kampung Jerong Seberang. terdapat beberapa buah kedai yang menjual pelbagai barangan keperluan dan juga makanan. Antaranya seperti keperluan asas memasak,minuman,kuih-muih dan sebagainya. Aktiviti perniagaan dijalankan setiap hari yang menjadi rutin harian penduduk yang terlibat seawal jam 6pagi sehingga 9 malam.
Kampung ini juga mempunyai sebuah kedai makan yang menyediakan pelbagai masakan panas. kedai makan ini mula beroperasi seawal jam 6petang sehingga 12 tengah malam. Kedai ini menjadi tumpuan berikutan ia merupakan satu-satunya kedai makan yang terdapat di kampung ini.
0 comments:
Post a Comment