Pusat Perkhidmatan Ilmu & Komuniti (PPIK) merupakan salah satu projek di bawah pemberian perkhidmatan sejagat (USP) Fasa 5. Sebanyak 250 lokasi yang terpilih dibangunkan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Manakala di Terengganu sahaja terdapat 20 lokasi yang terpilih bagi pembinaan PPIK.

PPIK dibangunkan bagi meningkatkan Prasana Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT) yang merangkumi komputer dan sambungan internet kepada komuniti luar bandar agar komuniti dapat mengunakan kemudahan internet jalur lebar yang disediakan seperti dapat berhubung dengan dunia luar, menimba ilmu, melaksanakan pelbagai urus niaga elektronik contohnya e- Goverment, e- Dagang serta pembelajaran menerusi e-Lerning dan sebagainya.

PPIK Jerong Seberang ditempatkan didalam Dewan JKKK yang terletak berhadapan dengan Perpustakaan Desa Jerong Seberang. PPIK juga turut berkongsi bangunan yang sama dengan Program Amanah Ikhtiar yang mengadakan perjumpaan setiap hari selasa setiap minggu. PPIK berfungsi menjadi salah satu tempat yang membolehkan komuniti menggunakan kemudahan yang disediakan.

Tujuan utama PPIK dibangunkan adalah untuk meraptkan jurang digital dan minda yang wujud di kalangan komuniti luar bandar disamping dapat membentuk masyarakat yang berpengetahuan dalam bidang ICT.Ia turut membantu komuniti dalam kehidupan seharian mereka.

Antara kemudahan yang disediakan oleh PPIK ialah komputer,mesin fotostat, mesin pengimbas serta mesin pencetak. Didalam PPIK terdapat 3 buah komputer serta sebuah mesin pencetak 3 in 1 (fotostat, pengimbas dan pencetak biasa).




WAKTU OPERASI PPIK


SABTU - RABU
8.00 Pagi - 5.00 Petang

PPIK Jerong Seberang dibuka setiap hari untuk kegunaan komuniti.