Berniaga merupakan salah satu cabang pendapatan penduduk kampung Jerong Seberang. terdapat beberapa buah kedai yang menjual pelbagai barangan keperluan dan juga makanan. Antaranya seperti keperluan asas memasak,minuman,kuih-muih dan sebagainya. Aktiviti perniagaan dijalankan setiap hari yang menjadi rutin harian penduduk yang terlibat seawal jam 6pagi sehingga 9 malam.

Kampung ini juga mempunyai sebuah kedai makan yang menyediakan pelbagai masakan panas. kedai makan ini mula beroperasi seawal jam 6petang sehingga 12 tengah malam. Kedai ini menjadi tumpuan berikutan ia merupakan satu-satunya kedai makan yang terdapat di kampung ini.