Kampung yang aman penuh dengan pokok-pokok kehijauan..Kampung Jerong Seberang merupakan satu kampung yang agak tenang berikutan terdapat sawah padi yang menghijau,kebun buah-buahan serta bukit yang indah pada pandangan saya. Kampung Jerong Seberang sekarang sedang meriah dengan pelbagai musim buah-buahan tempatan. Pelbagai buah-buahan yang terdapat di kampung ini antaranya buah durian, buah rambutan, buah duku, buah manggis serta buah salak. Kebanyakkan penduduk disini mempunyai kebun buah-buahan yang agak luas serta memberikan hasil buah-buahan yang banyak.

Disini penduduk kampung akan menjual hasil buah-buahan tersebut di sekitar PPIK. Pelbagai gelagat yang mencuit hati sewaktu saya melihat penduduk disini menjual hasil buah-buahan meraka. Kadang peraih akan datang mengambil hasil-hasil buah-buahan penduduk disini untuk dijual di kawasan kampung lain atau pasar-pasar tani berhampiran. Kemeriah musim buah-buahan ini sememangnya berlaku pada setiap tahun. Setibanya musim buah-buahan ini, penduduk kampung akan dapat menambah sumber pendapatan melalui hasil jualan buah-buahan tersebut.