Permainan sepak takraw begitu sinonim dengan masyarakat melayu. Malah anak-anak muda kini juga mula meminati permainan ini. Permainan sepak takraw asalnya dikenali sebagai "Sepak Raga" . Bertempat di gelangang takraw Kampung Sungai Mali selaku tuan rumah berlangsung Pertandingan Sepak Takraw tertutup 2009 ajuran Ketua Pemuda Kampung Sg Mali. Pertandingan ini bermula seawal jam 8 pagi menyaksikan 8 buah pasukan bertanding bagi merebut gelaran Johan Sepak Takraw kali ini.

Persaingan yang sengit antara empat pasukan iaitu pasukan Marikh, Utarid, Pluto dan juga Musytari. Perlawanan semi-final antara pasukan Marikh menentang pasukan Pluto serta pasukan Musytari menentang pasukan Utarid. Masing-masing menunjukkan kehandalan bermain takraw yang tersendiri serta kerja berpasukan yang kuat.

Pertandingan Sepak Takraw ini berakhir pada pukul 6 petang. Johon pertandingan kali ini dimenangi oleh pasukan Marikh, tempat kedua pasukan Utarid. Manakala pasukan Pluto mendapat tempat ketiga diikuti oleh pasukan Musytari tempat keempat. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua JKKK KG Sungai Mali iaitu En Mohd B Taib.